selamat datang

Friday 13 May 2011

PERTANYAN DAN JAWAPAN PRODUK

Apakah itu Intra?
Intra adalah gabungan  unik dan proprietari 23 jenis ekstrak botani yang telah dirangka untuk menyokong,menyeimbangkan dan memperkuatkan 8 sistem biologi dalam badan.Ia telah diformulasikan khusus untuk mengandungi ekstrak-ekstrak botani yang kuat tetapi setiap satunya adalah amat selamat dan telah dinikmati di serata dunia selama lebih 15 tahun.Intra adalah pemakanan tambahan semula jadi yang membantu mengekalkan kesegaran dan kesihatan optimum.

Apakah jenis-jenis faedah yang boleh saya jangkakan dengan penggunaan Intra?
 Intra bekerja dengan sistem semulajadi dalam tubuh dan oleh sebab setiap seorang daripada kita adalah berbeza,kita mengalami keputusan yang berbeza-beza apabila menggunakan produk ini.
Secara amnya,Intra menbantu menyokong dan memperkuatkan bahagian-bahagian badan di mana kita paling lemah - sering kali  keputusan yang diperoleh adalah sungguh dramatik.Setiap orang yang menggunakan Intra setiap hari akan mengalami faedah yang berbeza-beza.Terdapat lebih daripada 85,000 kajian penyelidikan yang telah diterbitkan dalam jurnal-jurnal ulasan sebaya yang menyokong faedah ramuan botani yang terkandung dalam Intra.

Berapa banyak Intra yang harus saya ambil setiap hari?
Dos yang disyorkan untuk Intra ialah 28ml hiungga 56ml (1-2 auns bendalir) setiap hari, tetapi sehingga 168ml (6 auns bendalir) boleh diambil dengan selamat secara harian sekiranya anda merasakan bahawa badan anda memerlukan sokongan tambahan.Intra amat sesuai untuk seisi keluarga.

Adakah ok untuk mengambil Intra setiap hari selama suatunjangka masa yang panjang?
Ya. Sememangnya Intra telah dibangunkan untuk tujuan itu dan ia menggunakan ekstrak-ekstrak botani yang telah ditulenkan dalam formulasi yang seimbang dan selamat.Ramai pakar herba menyarankan agar dos-dos tinggi bagi setiap ramuan botani diambil selama suatu jangka masa yang pendek sahaja. Walau bagaimana pun, hal ini tidak melibatkan Intra kerana Intra diformulasikan khusus dengan mengambil kira aspek keselamatan, dan menggunakan tahap sederhana bagi setiap ekstrak botani.

Adakan Intra diluluskan oleh pihak FDA?
Sebagai diet tambahan, Intra dianggap sebagai makanan.Oleh itu, ia tidak memerlukan kelulusan FDA. Pihak FDA tidakm menawarkan pandangan mahu pun mengeluarkan kelulusan bagi diet tambahan. Namun begitu penggujian makmal bebas yang ekstensif dan ketat telah mengesahkan keselamatan dan ketulenan semua komponen Intra.

Apkah terdapat kesan sampingan degan penggunaan Intra?
Secara amnya, Intra tidak mempunyai kesan sampingan.Kadang kala,sebilangan kecil orang ramai melalui suatu tempuh penyesuaian atau pembersihan yang ringan sejurus selepas mengambil produk.
Proses ini tidak bepanjangan melebihi 3-5 hari,dan boleh dielakkan dengan mengambil dalam amaun kecil (5-10ml/ 1-2 sudu teh), dan secara beransur-ansur meningkatkan sehingga tahap 28ml-56ml (1-2 auns bendalir). Jika anda sedang menggunakan ubat, tindakkan yang baik ialah  memulakan penggunaan dengan perlahan-lahan, dan sedikit demi sedikit meningkatkan sehingga tahap harian 28ml-56ml (1-2 auns bendalir).
Disamping itu.Intra adalah produk makanan, atas sebab itu, segelintir pengguna mungkin mengalami alergi kepada salah satu ramuan yang membina formulasi ini. Seperti mana produk makanan lain, sekira wujud elergi, invidu berkenaan seharus nya tidak meneuskan pengambilan Intra.